• Pengenalan Unit Perumahan
o Peranan
✔ Menguruskan kemudahan perumahan kepada pemohon-pemohon yang terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal
Ugama dan Jabatan – Jabatan di bawahnya, meliputi proses perumahan, kebenaran, peruntukan, pemantauan dan pengosongan rumah-rumah
sewa.
o Misi
✔ Menyediakan perumahan bagi menempatkan pegawai/kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama mengikut kelayakan dan peraturan
serta syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.
o Fungsi dan Tanggungjawab
✔ Selaku pentadbir kepada rumah-rumah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama:
I. Rumah dan Rumah Pangsa Kerajaan (IQ)
II. Rumah atau Pangsa Persendirian (RSK)
✔ Meneliti dan menimbang setiap permohonan untuk mendiami (IQ/RSK) bagi semua pegawai & kakitangan dibawah Kementerian Hal Ehwal
Ugama.
• Borang – Borang Perkhidmatan
o Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama;
✔ Borang Permohonan Bagi Mendapatkan Perumahan Kerajaan Di Bawah Kawalan KHEU
✔ Borang Mengosongkan Rumah/Flat
✔ Borang Aduan Kerosakan Rumah/Flat
o Bagi Orang Awam;
✔ Borang Permohonan Menyewakan Flat/Rumah
• Peraturan untuk Mendiami Rumah/Flat di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama
o Peraturan - Peraturan untuk mendiami rumah / flat di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama
Borang-borang perkhidmatan hendaklah dihantar kepada:
Unit Perumahan
Tkt 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama
Jalan Dewan Majlis, Berakas, BB3910,
Negara Brunei Darussalam
Waktu Perkhidmatan Kaunter:
Isnin – Khamis & Sabtu
8.00 Pagi – 11.30 Pagi
2.00 Petang – 3.30 Petang
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus ke alamat:
Unit Perumahan
Jabatan Pentadbiran
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Tkt 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama
Jalan Dewan Majlis, Berakas, BB3910,
Negara Brunei Darussalam
No Tel : 2382030
No Tel : 2382525, 2382526, 2382311, Ext. 290
PERINGATAN
|
Pegawai yang gagal mengosongkan perumahan kerajaan
9.3 Pegawai yang tidak mengosongkan dan mengembalikan anak kunci kepada Kementerian / Jabatan apabila memiliki rumah sama ada membeli rumah atau membina rumah sendiri yang disahkan siap untuk didiami melalui salah satu skim yang dinyatakan di bilangan 6.1 dan pegawai yang berada dalam keadaan seperti di bilangan 6.2 akan dikenakan kadar bayaran sewa perumahan kerajaan dan sewa perabot (jika berkenaan) yang sebenarnya ditanggung kerajaan.
|