Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA  HAKIM-HAKIM DAN SAGUHATI KEPADA PESERTA-PESERTA MUSABAQAH MENGHAFAZ  AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN  TAHUN 1448 HIJRAH

26 November 2026

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA HAKIM-HAKIM DAN SAGUHATI KEPADA PESERTA-PESERTA MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1448 HIJRAH

​

Berakas, Khamis, 16 Jamadilakhir 1448 bersamaan 26 November 2026–Daripada keseluruhan 72 orang peserta, seramai 25 orang peserta iaitu 5 orang bagi setiap kategori, telah terpilih memasuki Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah yang akan diadakan pada bulan Januari 2027 nanti. 

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Hashim bin Haji Abdullah di Majlis Pengumuman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah yang diadakan petang tadi bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut bermula pada hari Isnin, 23 November 2026 hingga hari Rabu, 25 November 2026 bertempat di Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Blok 2H, Tingkat 7, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan. 

Majlis petang tadi dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Manan bin Haji Osman, Imam Tingkat 1, Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.  Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah. 

Acara diteruskan dengan Pengumuman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah oleh Pengerusi Jemaah Hakim.  Diikuti dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada para peserta Musabaqah dan hakim-hakim Musabaqah oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Antara objektif Musabaqah ini diadakan adalah untuk menggalakkan umat Islam di negara ini agar mencintai Al-Quran melalui hafazan dan menjadikannya sebagai amalan harian.  Ianya juga bertujuan untuk menambahkan lagi para huffaz di negara ini, di samping mendapatkan pahala dan ganjaran dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mendorong serta membantu para peserta dan orang ramai untuk memahami maksud yang terkandung dalam Al-Quran antaranya, fakta-fakta surah, nasihat, pengajaran dan hukum-hukum tajwid. 

 

Foto: JPI​