Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KONFERENSI ANTARABANGSA ISLAM BORNEO KE-17 (KAIB 17) TAHUN 2026

24 November 2026

KONFERENSI ANTARABANGSA ISLAM BORNEO KE-17 (KAIB 17) TAHUN 2026

​

Palangkaraya, Indonesia, Selasa, 14 Jamadilakhir 1448 bersamaan 24 November 2026–Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) terus memperkukuhkan peranannya dalam memperkasa perkembangan ilmu Islam di peringkat serantau menerusi penyertaan aktif dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-17 (KAIB 17) Tahun 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 24 November 2026 di Kota Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Republik Indonesia.

Delegasi KUPU SB diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Md Syahiran bin Haji Md Sofian, Penolong Ra'es III (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang telah diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucap Perdana pada persidangan tersebut. Turut mengiringi delegasi ialah Yang Mulia Awang Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa, Pengarah Pusat Antarabangsa dan Perhubungan Awam selaku Pegawai Perhubungan, serta dua orang ahli akademik KUPU SB, iaitu Yang Mulia Dr Awang Haji Noralizam bin Haji Aliakbar dan Yang Mulia Dr Awang Haji Matussein bin Haji Jumat yang membentangkan kertas kerja ilmiah. Hadir sama ialah perwakilan dari Jabatan Mufti Kerajaan dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-17 (KAIB 17) Tahun 2026 telah dirasmikan oleh Yang Terhormat H. Edy Pratowo, S.Sos., M.M., Wakil Gubernur Kalimantan Tengah, melalui simbolik pemukulan gong. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, selaku wakil Menteri Hal Ehwal Ugama, yang seterusnya menyampaikan Ucaptama.

Bertemakan “Transformasi Peradaban dan Kelestarian Ummah dalam Era Teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI)", pelaksanaan KAIB 17 di Palangkaraya, Indonesia melibatkan kerjasama antara Universitas Islam Negeri Palangka Raya; Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM Sarawak); Universiti Tekonologi MARA Sabah (UiTM Sabah); Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); Universitas Mulawarman, Samarinda; Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris Samarinda (UINSI); Universitas Lambung Mangkurat Banjarmasin (ULM); Universitas Islam Negeri Antasari Banjarmasin; Universitas Tanjungpura Pontianak (UNTAN); dan Institut Agama Islam Negeri Pontianak.

Penyertaan KUPU SB dalam persidangan ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi kepakaran dan hasil penyelidikan, malah turut mengukuhkan jaringan kerjasama akademik serantau serta memperluaskan peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan Islam, penyelidikan dan pembangunan ummah di peringkat antarabangsa.

 

Foto: KUPU SB​