Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA MANTAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID 2024-2026 DAN PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM, JERUDONG  BAGI SESI 2026-2028

21 November 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA MANTAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID 2024-2026 DAN PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM, JERUDONG BAGI SESI 2026-2028

​

Jerudong, Sabtu, 11 Jamadilakhir 1448 bersamaan 21 November 2026–Pengimarahan masjid bukanlah suatu yang mudah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pegawai masjid sahaja, tetapi juga ahli jawatankuasa (AJK) takmir masjid berkenaan.  Komitmen ahli jawatankuasa adalah amat penting dalam sama-sama menjayakan aktiviti takmir masjid kerana setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai jika hanya satu pihak sahaja yang bergerak secara sendirian.

Justeru dengan kerjasama kedua-dua pihak ini akan menjadikan masjid menjadi gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti takmir.  Pentakmiran masjid juga bukan hanya dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk penganjuran peraduan dan pertandingan tetapi hendaklah meliputi pentakmiran secara keseluruhan, khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah seperti sembahyang lima waktu, kuliah-kuliah ilmu dan lain-lain lagi.

Sehubungan dengan itu, seramai 47 orang telah menerima surat lantikan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong bagi Sesi 2026-2028. Acara diadakan pada pagi tadi di masjid berkenaan.

Terdahulu sebelum itu, seramai 48 orang telah menerima sijil penghargaan dari kalangan mantan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid tersebut bagi sesi 2024-2026.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyampaikan sijil penghargaan serta surat lantikan pada majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: JHEM​