Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA  DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

17 November 2026

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

​

Berakas, Selasa, 07 Jamadilakhir 1448 bersamaan 17 November 2026–Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama, pada petang tadi menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Kikuta Yutaka, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.

Kunjungan Hormat diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Darul Itqan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir sama di majlis Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang sekian lama terjalin erat antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, khususnya dalam bidang pendidikan, serta pertukaran ilmu dan pandangan mengenai isu-isu semasa yang berkepentingan bersama. Hubungan ini berteraskan nilai saling menghormati, persefahaman dan kerjasama yang berterusan demi manfaat kedua-dua negara.

Tuan Yang Terutama Kikuta Yutaka, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 April 2025.​