Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ACARA PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN ERATKAN UKHUWAH ANTARA  BELIA MPK KAWASAN 2, LAMBAK KANAN, BELIA-BELIA MUALLAF DAN  WARGA PUSAT DA’WAH ISLAMIAH

15 November 2026

ACARA PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN ERATKAN UKHUWAH ANTARA BELIA MPK KAWASAN 2, LAMBAK KANAN, BELIA-BELIA MUALLAF DAN WARGA PUSAT DA’WAH ISLAMIAH

​

Tungku Link, Ahad, 05 Jamadilakhir 1448 bersamaan 15 November 2026-Acara Perlawanan Bola Sepak Persahabatan yang melibatkan Belia Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2, Lambak Kanan, belia-belia muallaf serta warga Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Perlawanan Bola Sepak Persahabatan diadakan pada pagi tadi di Padang Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah.

Penganjuran acara tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat, malah turut menjadi wadah dalam memperkukuh ukhuwah Islamiah, semangat kerjasama serta persefahaman antara masyarakat setempat, khususnya dalam kalangan belia muallaf dan warga Pusat Da'wah Islamiah.

Melalui aktiviti sukan seumpama ini, para peserta berpeluang untuk berinteraksi dan saling mengenali dalam suasana yang santai dan mesra, di samping membina hubungan persaudaraan tanpa mengira latar belakang.

Acara perlawanan persahabatan ini turut mencerminkan komitmen Pusat Da'wah Islamiah dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan dakwah yang inklusif, mesra dan berteraskan kemasyarakatan. Pendekatan seumpama ini diharap dapat menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikan sukan sebagai salah satu medium dalam menerapkan nilai-nilai murni Islam.

Penganjuran aktiviti seumpama ini diharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperluas jaringan kerjasama antara Pusat Da'wah Islamiah dengan masyarakat setempat, sekali gus menyemarakkan semangat ukhuwah, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.​