Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEJOHANAN AMAL BADMINTON BAGI TAHUN 1448H/2026M

08 November 2026

KEJOHANAN AMAL BADMINTON BAGI TAHUN 1448H/2026M

​

Lugu, Ahad, 28 Jamadilawal 1448 bersamaan 08 November 2026-Belia Muallaf As-Syahadah dengan kerjasama Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah menganjurkan Kejohanan Amal Badminton bagi tahun 1448H/2026M pada pagi tadi yang diadakan di Tangkis Badminton Hall, Jalan Ikas Bandung, Lugu.  

Kejohanan amal ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam menyokong aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dianjurkan oleh Belia Muallaf As-Syahadah serta turut menyumbangkan dana bagi

membantu golongan yang memerlukan. Selain itu, kejohanan ini juga menjadi platform untuk memupuk semangat persaingan yang sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain badminton di negara ini.  

Kejohanan tersebut telah disertai oleh seramai 32 pasukan yang terdiri daripada 16 pasukan beregu lelaki dan 16 pasukan beregu perempuan. Pertandingan telah dijalankan menggunakan format Round Robin bagi peringkat saringan, diikuti dengan format Knockout bagi peringkat suku akhir hingga ke perlawanan akhir.   

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Isham bin Awang Ismail, Ketua Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah.  

Penganjuran kejohanan amal ini diharap akan menjadi pemangkin semangat kepada para pemain badminton serta masyarakat umum untuk terus menyokong dan menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan seumpamanya pada masa akan datang. Semoga setiap sumbangan dan sokongan yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 

 

Foto: PDI