Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 1447H / 2025M BAGI SEKOLAH UGAMA BERIBI GADONG (SESI PETANG)

02 November 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 1447H / 2025M BAGI SEKOLAH UGAMA BERIBI GADONG (SESI PETANG)

​

Gadong, Isnin, 22 Jamadilawal 1448 bersamaan 02 November 2026–Bagi meraikan murid-murid sesi petang yang berjaya menamatkan persekolahan Ugama sehingga lulus Darjah VI dalam Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) serta memberikan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang, Sekolah Ugama Beribi Gadong mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI Tahun 2025M pada petang tadi bertempat di Dewan Fathul Busyra, sekolah berkenaan.

Majlis tersebut menyaksikan penyampaian sijil kepada 129 orang murid, termasuk lapan (8) orang murid berkeperluan khas.

Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Dayang Hajah Jamaliah binti Haji Yassin, Mantan Guru Besar, Sekolah Ugama Beribi Gadong yang seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Zool Hamly bin Haji Zaini, Tenaga Pengajar, diikuti bacaan Surah Taa-Haa ayat 1 hingga 5 oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Aiman Rayyan bin Haji Mohamad Fazilah, serta ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Yang Mulia Dayang Hajah Rosita binti Haji Abd Rahman, Guru Besar Sekolah Ugama Beribi Gadong.

Majlis diteruskan dengan persembahan tausyeh dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan, penyampaian hadiah pelajar cemerlang tahun 2025 serta cenderahati kepada guru-guru Darjah VI tahun 2025 sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Penganjuran majlis ini merupakan tanda penghargaan terhadap pencapaian murid hasil usaha gigih mereka, sokongan ibu bapa serta komitmen dan dedikasi para guru dalam mendukung kecemerlangan pendidikan ugama.

 

Foto: JPI​