Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

BICARA AN NISA SEMPENA HARI KELUARGA DAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

31 October 2026

BICARA AN NISA SEMPENA HARI KELUARGA DAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

​

Tanah Jambu, Sabtu, 20 Jamadilawal 1448 bersamaan 31 Oktober 2026–Bagi memupuk rasa kasih dan sayang sesama insan, serta meningkatkan kesedaran tentang peranan keluarga dan kepimpinan dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Tanah Jambu, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara serta Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, menganjurkan Bicara An Nisa sempena Hari Keluarga dan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Majlis tersebut diadakan pada pagi tadi di Masjid Kampung Tanah Jambu.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyemai nilai ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin, di samping melahirkan golongan beliawanis yang berilmu, berwawasan dan berpotensi menjadi aset berharga kepada negara.

Bicara An Nisa kali ini membawakan tema 'Hari Keluarga: World Mental Health Day – Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change', dengan mengetengahkan isu Women and Depression sebagai fokus perbincangan.

Sesi bicara tersebut menampilkan Yang Mulia Dr. Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abd Rahman, Penolong Profesor merangkap Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, serta Yang Mulia Dayang Hajah Rozailah binti Haji Abdul Rahman, Pegawai Psikologi di Bahagian Psikologi Masyarakat, Kementerian Kesihatan, selaku ahli panel. Sementara sesi dipengerusikan oleh Yang Mulia Dayang Nur Syahirah Najihah binti Haji Mahmood, Beliawanis Masjid.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Norazimah binti Haji Ramlee, isteri Menteri Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah golongan beliawanis masjid, muslimah masjid, pelajar institusi pengajian tinggi serta orang ramai.

Melalui penganjuran majlis ini, para peserta diharap dapat menimba ilmu dan memperoleh manfaat daripada perkongsian yang disampaikan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, khususnya dalam kalangan wanita. Usaha ini juga diharap dapat memperkukuh peranan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat yang sejahtera, penyayang dan berakhlak mulia.

 

Foto: JHEM​