Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU DILANTIK

28 October 2026

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU DILANTIK

​

Berakas, Rabu, 17 Jamadilawal 1448 bersamaan 28 Oktober 2026–Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama, pada pagi tadi menerima Kunjungan Hormat daripada dua (2) orang Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China; dan Tuan Yang Terutama Sheikh Abdul Mahdani bin Dato Paduka Sheikh Haji Abdul Gani, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Perancis.

Kunjungan Hormat diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Darul Itqan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir sama pada Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik tersebut telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Oktober 2026.

 

Foto: BPAAM​