Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM PEMANTAPAN DA’IE: MEMPERKASA DA’WAH DIGITAL

27 October 2026

PROGRAM PEMANTAPAN DA’IE: MEMPERKASA DA’WAH DIGITAL

​

Pulaie, Selasa, 16 Jamadilawal 1448 bersamaan 27 Oktober 2026–Dalam usaha memperkasa kompetensi para da'ie dalam bidang dakwah digital, di samping memantapkan strategi penyampaian dakwah melalui media digital serta meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan dakwah yang kreatif dan berkesan serta memperluas jangkauan dakwah kepada masyarakat melalui pelbagai platform digital, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Penyebaran Da'wah (Ceramah) menganjurkan Program Pemantapan Da'ie: Memperkasa Da'wah Digital selama tiga hari, bermula pada hari Isnin, 15 Jamadilawal 1448 bersamaan 26 Oktober 2026 hingga hari Rabu, 17 Jamadilawal 1448 bersamaan 28 Oktober 2026. Program diadakan di Bilik Al-Mau'izhah, Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah, Kampung Pulaie. 

Program berkenaan disertai oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para da'ie Pusat Da'wah Islamiah, termasuk para da'ie dari cawangan Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Sepanjang program, para peserta diberikan pendedahan serta latihan praktikal mengenai teknik asas penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut. Sebagai latihan susulan, para peserta dikehendaki menghasilkan sebuah video dakwah berdurasi minima tiga minit dalam tempoh tiga minggu dengan menggunakan rakaman yang telah disediakan. Hasil video tersebut akan dinilai berdasarkan kualiti penyampaian mesej dakwah, keterampilan peserta dalam penyampaian serta mutu penyuntingan video. 

Melalui penganjuran program ini, Pusat Da'wah Islamiah berharap agar para da'ie dapat meningkatkan keupayaan dalam menghasilkan kandungan dakwah digital yang lebih berkualiti, kreatif dan berkesan. Inisiatif ini juga diharap dapat memperluas penyebaran dakwah yang relevan dengan perkembangan teknologi serta memenuhi keperluan masyarakat daripada pelbagai generasi.

 

Foto: JPI​