Berakas, Jumaat, 12 Jamadilawal 1448 bersamaan 23 Oktober 2026–Ke arah memperkukuh ukhuwah dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemimpin serta guru-guru sekolah ugama Kawasan, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I telah menganjurkan Pertandingan Bowling di Golden Bowling Brunei, The Airport Mall, petang tadi.
Pertandingan tersebut melibatkan 20 pasukan daripada sekolah-sekolah ugama Kawasan Brunei I.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lontaran perasmian sebelum pertandingan bermula. Diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga, serta Pemain Terbaik Lelaki dan Pemain Terbaik Perempuan sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Penganjuran pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan warga pendidik dalam aktiviti sukan dan rekreasi, di samping memupuk semangat kerjasama serta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.





Foto: JPI