Bandar Seri Begawan, Khamis, 11 Jamadilawal 1448 bersamaan 22 Oktober 2026–Dalam usaha memantapkan persediaan pelajar sebelum menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) serta meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I telah menganjurkan Program An-Najah berbentuk pertandingan kuiz bertemakan Cergas, Cerdas dan Pantas.
Pertandingan Peringkat Akhir Kuiz berkenaan diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, mempertandingkan empat buah pasukan terbaik yang telah berjaya mara dari peringkat saringan.
Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Azman bin Haji Jaya, Ketua Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Sural Al-Fatihah, diikuti ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Halidi bin Awang Haji Besar, Pengerusi Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I.
Majlis diteruskan dengan pertandingan kuiz dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan oleh Tetamu Khas Majlis, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Tempat Pertama diraih oleh Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, manakala Tempat Kedua disandang oleh Sekolah Ugama Sungai Besar.
Penganjuran program ini menjadi wadah untuk memperkukuh penguasaan ilmu ugama, mengasah keupayaan berfikir secara pantas dan tepat serta meningkatkan keyakinan pelajar dalam menghadapi Peperiksaan SSSRU akan datang.


Tempat Pertama: Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna
Tempat Kedua: Sekolah Ugama Sungai Besar
T


Foto: JPI