Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN BAGI KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH TAHUN 2026

21 October 2026

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN BAGI KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH TAHUN 2026

​

Daerah Belait, Rabu, 10 Jamadilawal 1448 bersamaan 21 Oktober 2026–Dalam usaha meningkatkan kefahaman para muslimah terhadap kandungan dan pengajaran Al-Quran, serta menggalakkan mereka membaca kitab tafsir bagi menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Liang, mengadakan Program Tadabbur Al-Quran bagi Kelas Bimbingan Muslimah Tahun 2026 pada pagi tadi. Program tersebut diadakan di Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait.

Program berkenaan disertai oleh seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Takmir dan para muslimah Masjid Kampung Sungai Liang, muslimah dari beberapa buah masjid di Daerah Belait, serta muslimah dari Masjid Kampung Danau dan Masjid Kampung Telisai di Daerah Tutong.

Program tersebut memfokuskan kepada tadabbur Surah At-Takathur yang mengandungi peringatan tentang kematian, hakikat kehidupan di dunia serta kepentingan membuat persediaan untuk menghadapi kehidupan di akhirat.

Antara pengisian program termasuklah bacaan Surah At-Takathur secara beramai-ramai, ceramah tadabbur mengenai surah berkenaan yang disampaikan oleh pegawai Bahagian Hal Ehwal Muslimah, serta penyampaian sumbangan wakaf buku kepada imam masjid.

Melalui program ini, para peserta diharap akan lebih terdorong untuk mendalami tafsir Al-Quran, mengambil iktibar daripada ayat-ayat yang dipelajari, serta menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan muslimah yang mengikuti Kelas Bimbingan Muslimah, selain memupuk minat terhadap pembelajaran, penghayatan dan pengamalan ajaran Al-Quran secara berterusan.

 

Foto: JHEM​