Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS MAKAN MALAM BAGI MERAIKAN  TUAN YANG TERUTAMA ZAQY MOHAMAD,  PEMANGKU MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM MERANGKAP MENTERI NEGARA KANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN,  REPUBLIK SINGAPURA

12 October 2026

MAJLIS MAKAN MALAM BAGI MERAIKAN TUAN YANG TERUTAMA ZAQY MOHAMAD, PEMANGKU MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM MERANGKAP MENTERI NEGARA KANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN, REPUBLIK SINGAPURA

​

Bandar Seri Begawan, Isnin, 02 Jamadilawal 1448 bersamaan 12 Oktober 2026–Bagi meraikan Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura yang sedang dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam selama tiga (3) hari bermula dari 11 hingga 13 Oktober 2026, pada malam tadi diraikan dengan Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama. Majlis diadakan di Restoran Tarindak D'Seni, Bandar Seri Begawan.

Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta pengarah-pengarah dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran dan diteruskan dengan jamuan makan malam bersama.

Lawatan ini merupakan kunjungan pertama Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam selaku Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura. Lawatan ini bertujuan untuk mempererat serta memperkukuh hubungan dan kerjasama sedia ada antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura termasuk menyaksikan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Pengiktirafan Pensijilan Halal dan Bidang-bidang Kerjasama antara Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

 

Foto: PRO BPAAM​