Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN YANG BERHORMAT ZAQY MOHAMAD,  PEMANGKU MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM MERANGKAP MENTERI NEGARA KANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN,  REPUBLIK SINGAPURA KE JAME’ ‘ASR HASSANIL BOLKIAH

12 October 2026

LAWATAN YANG BERHORMAT ZAQY MOHAMAD, PEMANGKU MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM MERANGKAP MENTERI NEGARA KANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN, REPUBLIK SINGAPURA KE JAME’ ‘ASR HASSANIL BOLKIAH

​

Kiarong, Isnin, 01 Jamadilawal 1448 bersamaan 12 Oktober 2026–Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura yang sedang dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam selama tiga (3) hari bermula dari 11 hingga 13 Oktober 2026, pada petang tadi mengadakan lawatan ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.

Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad ialah Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta pengarah-pengarah dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sejurus tiba di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Tuan Yang Terutama dan rombongan menyaksikan tayangan video mengenai “Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah".  Diteruskan dengan menandatangani buku lawatan dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Yang Terutama yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Rombongan juga berkesempatan meninjau kawasan persekitaran masjid sebelum mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar ramai sebagai tanda kenangan sempena lawatan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura dan rombongan ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.

Lawatan ini mencerminkan penghormatan tinggi serta hubungan erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, khususnya dalam hal ehwal masyarakat Islam.  Lawatan ini juga membuka ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengalaman mengenai pengurusan masjid, program kemasyarakatan dan inisiatif pembangunan ummah.

 

Foto: BPAAM