Bandar Seri Begawan, Rabu, 25 Rabiulakhir 1448 bersamaan 07 Oktober 2026–Bagi memohon keberkatan dan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta menyokong persediaan menyeluruh dalam menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Sekolah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Ceramah Motivasi bagi pelajar Sanah 6 bertempat di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada pagi tadi.
Majlis yang turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga para pelajar Sanah 6 berkenaan dimulakan dengan Sembahyang Hajat secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Menghadapi Peperiksaan.
Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi pelajar Tahun 6 seluruh negara dijadualkan bermula pada 08 Oktober 2026.





Foto: JPI