Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM KEAGAMAAN SENEGARA (PKS) BAGI BULAN OKTOBER 2026

07 October 2026

PROGRAM KEAGAMAAN SENEGARA (PKS) BAGI BULAN OKTOBER 2026

​

Katok, Rabu, 25 Rabiulakhir 1448 bersamaan 07 Oktober 2026–Sekolah-sekolah Arab dan Ugama seluruh negara hari ini mengadakan Program Keagamaan Senegara (PKS), yang pada kali ini turut diisikan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bagi Tahun 1448H/2026M.

Tumpuan utama acara diadakan pada pagi tadi di surau Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Katok, yang dihadiri oleh Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah penolong-penolong pengarah, ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Asmady bin Pengiran Haji Aliuddin, Tenaga Pengajar Sekolah berkenaan. Diikuti dengan bacaan Surah Yasin secara beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Zul'izzi bin Awang Tengah juga Tenaga Pengajar.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Doa Khas bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Abdul Mukmin bin Haji Awang, Tenaga Pengajar.

Majlis turut diisikan dengan Tazkirah Khas bertajuk “Persiapan Menghadapi Peperiksaan" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Ahsanul Azmi bin Haji Sarbini, Pemangku Penolong Pengarah (Institusi Pengajian), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Irfan bin Haji Aliakbar.

 

Foto: JPI​