Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PRESIDENT ISLAMIC DEVELOPMENT BANK (IsDB)

06 October 2026

MENTERI HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PRESIDENT ISLAMIC DEVELOPMENT BANK (IsDB)

​

Berakas, Selasa, 24 Rabiulakhir 1448 bersamaan 06 Oktober 2026–Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama pada petang tadi menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Muhammad Sulaiman Al Jasser, President Islamic Development Bank (IsDB).

Kunjungan hormat tersebut diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Darul Itqan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Kunjungan Hormat tersebut bertujuan untuk menerokai peluang kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan Islamic Development Bank (IsDB) dan memupuk hubungan dua hala yang lebih erat. Selain itu, membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan umat Islam sambil menzahirkan semangat persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam suasana mesra.

Turut mengiringi ialah Datuk Amer Bukvic, Director, Regional Hub of Jakarta; Mr Samer Elsawi, Head, Center of Excellence (KL); Ms Nora Adel M Mozzin, Lead Protocol and Outreach Specialist; dan Dr Ali Fallahi, Country Economist, IsDB RH Jakarta.

 

Foto: BPAAM​