Berakas, Selasa, 24 Rabiulakhir 1448 bersamaan 06 Oktober 2026–Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama pada petang tadi menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Amat Arif Dato Haji Wan Abd Malik bin Haji Wan Sidek, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu.
Kunjungan hormat tersebut diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Darul Itqan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.
Kunjungan Hormat tersebut bertujuan untuk memupuk hubungan dua hala yang lebih erat antara kedua-dua negara dalam bidang hal ehwal ugama. Selain itu, membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan umat Islam sambil menzahirkan semangat persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam suasana mesra.
Turut mengiringi Yang Amat Arif Dato Haji Wan Abd Malik ialah Yang Mulia Dayang Hajah Hadiyati binti Haji Abdul Hadi, Pemangku Ketua Pendakwa Syar'ie, Bahagian Pendakwaan Syar'ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Hadir sama di majlis kunjungan hormat tersebut ialah Yang Mulia Dr. Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.






Foto: BPAAM