Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MURID CEMERLANG  PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) DARJAH VI  TAHUN 1447H/2025M BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I

01 October 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MURID CEMERLANG PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) DARJAH VI TAHUN 1447H/2025M BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I

​

Serusop, Khamis, 19 Rabiulakhir 1448 bersamaan 01 Oktober 2026–Bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, di samping menghargai peranan ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan serta bimbingan, seramai 118 orang murid, terdiri daripada 52 orang murid lelaki dan 66 orang murid perempuan, telah diraikan dan menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil Murid Cemerlang Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI Tahun 1447H/2025M bagi Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I.

Majlis tersebut diadakan pada petang tadi di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan juga selaku Penghulu Mukim Lumapas, Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohamed Sofian bin Haji Abdul Hamid, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Halidi bin Awang Haji Basar, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I.

Pada masa yang sama, majlis berkenaan turut menjadi wadah penghargaan kepada pihak sekolah atas segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan dalam membantu murid-murid mencapai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan tersebut.

Majlis dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei I.​