Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEPERIKSAAN   SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 2025  BAGI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN MUDA ABDUL MALIK, BENGKURONG   (SESI PAGI DAN PETANG)

30 September 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 2025 BAGI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN MUDA ABDUL MALIK, BENGKURONG (SESI PAGI DAN PETANG)

​

Kilanas, Rabu, 18 Rabiulakhir 1448 bersamaan 30 September 2026–Bagi menghargai usaha dan kejayaan para murid yang telah menamatkan persekolahan agama serta berjaya dalam Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI bagi Tahun 1446H/2025M, Majlis Penyampaian Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah VI Tahun 1446H/2025M telah diadakan pada petang tadi di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas.

Seramai 45 orang murid dari Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik, Bengkurong menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut. Jumlah berkenaan terdiri daripada lima (5) orang murid sesi pagi dan empat puluh (40) orang murid sesi petang, termasuk dua (2) orang murid berkeperluan khas.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Johar bin Haji Jumat, Ketua Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji KamirulAzman bin Haji Kula, Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik, Bengkurong.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Khas Majlis, diikuti persembahan Tausyeh dan Dikir Asyraqal. Acara seterusnya ialah penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan oleh Tetamu Khas Majlis.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Doa Selamat sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebagai kenang-kenangan.

Selain meraikan kejayaan para murid, majlis tersebut turut menjadi wadah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan ibu bapa serta guru-guru yang sentiasa menjadi tonggak dan pendorong dalam membantu mencapai kejayaan para murid.​