Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN BERSAMA MUALLAF “SURAH AL-FATIHAH: 7 AYAT, SEJUTA MAKNA”

25 September 2026

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN BERSAMA MUALLAF “SURAH AL-FATIHAH: 7 AYAT, SEJUTA MAKNA”

​PULAIE, Jumaat, 13 Rabiulakhir 1448H bersamaan 25 September 2026M –

Pusat Da'wah Islamiah melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) pagi tadi mengadakan Program Tadabbur Al-Quran Bersama Muallaf: Surah Al-Fatihah: 7 Ayat, Sejuta Makna, bagi para muallaf di seluruh Negara Brunei Darussalam bertempat di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman para muallaf terhadap mesej utama serta makna yang tersirat dalam Surah Al-Fatihah. Program ini juga bertujuan untuk menghayati nilai-nilai tauhid yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah sebagai asas dalam memelihara akidah, di samping mengukuhkan keyakinan terhadap keesaan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Selain itu, program ini bertujuan untuk mempelbagaikan dan memperkemas strategi dakwah melalui bimbingan serta kefahaman Al-Quran secara bertahap kepada para muallaf di Negara Brunei Darussalam. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh akidah dan meningkatkan penghayatan serta amalan ibadah mereka, seterusnya memupuk keyakinan dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan kefahaman, penghayatan dan kecintaan para muallaf terhadap Al-Quran. Selain membantu peserta meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran, program ini turut memberi penekanan kepada pemahaman terhadap kandungan, mesej serta pengajaran yang terkandung di dalamnya. Program ini turut menekankan kepentingan menuntut ilmu secara berguru bagi memastikan setiap kefahaman yang diperoleh bersumberkan ilmu yang sahih dan berautoriti.