Negara Brunei Darussalam, Hari Ahad, 08 Rabiulakhir 1448 bersamaan 20 September 2026–Kursus Asas Haji dan Umrah 1448H/2026M diteruskan lagi bagi sesi keduanya pada hari ini, Ahad, 08 Rabiulakhir 1448H bersamaan 20 September 2026M di tujuh (7) buah masjid yang terpilih di seluruh negara.
Kursus Asas Haji dan Umrah ini adalah diharapkan supaya dapat menyebarluaskan ilmu manasik haji dan umrah serta meningkatkan kefahaman kepada orang ramai di samping memberikan pendedahan dan persiapan awal kepada para bakal jemaah haji dan umrah mengenai perlaksanaan ibadat.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dan para bakal jemaah haji dan umrah adalah dijemput dan dialu-alukan untuk mengikuti sesi seterusnya yang akan diadakan pada 27 September 2026, 4, 11 dan 18 Oktober 2026 di masjid-masjid berikut:
Bagi Daerah Brunei dan Muara, kursus diadakan di empat (4) buah masjid iaitu Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Hassanal Bolkiah, Jalan B, Kampung Mentiri; dan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba.
Di Daerah Belait, kursus dikendalikan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait; di Daerah Tutong bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong; manakala di Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.






Foto: JUH