Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PERINGKAT AKHIR KEJOHANAN BADMINTON  SEMPENA SEMARAK JUBLI PLATINUM 70 TAHUN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL  ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA  BAGI TAHUN 1448H / 2026M

20 September 2026

PERINGKAT AKHIR KEJOHANAN BADMINTON SEMPENA SEMARAK JUBLI PLATINUM 70 TAHUN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Rimba, Ahad, 08 Rabiulakhir 1448 bersamaan 20 September 2026–Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada petang tadi telah mengadakan Kejohanan Badminton sempena Semarak Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal di Dewan Serbaguna, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kejohanan berkenaan diadakan antara lain bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal, di samping menggalakkan penglibatan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dan institusi-institusi pengajian tinggi dalam aktiviti riadah dan sukan. Penganjuran kejohanan ini juga selaras dengan tema sambutan, iaitu Ukhwah Kukuh, Pendidikan Teguh, yang antara lain menekankan kepentingan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta menyemai nilai kesukanan dalam kalangan para peserta.

Kejohanan berkenaan merupakan antara aktiviti sukan yang dianjurkan bagi menyemarakkan lagi sambutan Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal, di samping kejohanan futsal, bola jaring dan tenpin boling.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya.

Kejohanan Badminton berkenaan bermula pada 11 September 2026 dan disertai oleh warga Kementerian Hal Ehwal Ugama serta institusi-institusi pengajian tinggi. Sebanyak empat kategori dipertandingkan, iaitu Kategori Bergu Lelaki Terbuka dengan penyertaan 20 pasukan, Kategori Bergu Perempuan Terbuka dengan 11 pasukan, Kategori Bergu Lelaki Veteran dengan 11 pasukan dan Kategori Bergu Perempuan dengan enam pasukan.

Peringkat separuh akhir bagi kesemua kategori serta beberapa perlawanan akhir telah diadakan pada sebelah pagi, manakala perlawanan akhir Kategori Bergu Lelaki Terbuka diadakan pada sebelah petang, sebelum disusuli dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.​