Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH TAHUN 1448H/2026M

13 September 2026

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH TAHUN 1448H/2026M

Negara Brunei Darussalam, Hari Ahad, 01 Rabiulakhir 1448 bersamaan 13 September 2026–Sebagai usaha menyebarluaskan ilmu manasik haji dan umrah di samping mempersiapkan bakal jemaah Haji dari aspek fizikal, rohani dan mental, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengendalikan Kursus Asas Haji dan Umrah 1448H/2026M. 

Kursus merangkumi enam (6) sesi yang diadakan pada setiap hari Ahad.  Setiap sesi berjalan selama dua (2) jam, dari pukul 8:00 hingga 10:00 pagi.  Sesi Pertama bermula pagi tadi, Ahad, 01 Rabiulawal 1448 bersamaan 13 September 2026 dan akan berakhir pada 07 Jamadilawal 1448 bersamaan 18 Oktober 2026.  Kursus dikendalikan secara serentak di tujuh (7) buah masjid terpilih di keempat-empat daerah. 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, kursus diadakan di empat (4) buah masjid iaitu Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Hassanal Bolkiah, Jalan B, Kampung Mentiri; dan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba. 

Di Daerah Belait, kursus dikendalikan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait; di Daerah Tutong bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong; manakala di Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. 

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat mendalami ilmu asas ibadat haji dan umrah serta berhasrat untuk menunaikan umrah, bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan fardhu haji bagi musim haji 1448 Hijrah / 2027 Masihi dan bakal jemaah Haji yang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan fardhu haji adalah dialu-alukan untuk menghadiri Kursus Asas Haji dan Umrah 1448H/2026M ini.

 

Foto: JUH