Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG LELAKI PUAK MURUT

11 September 2026

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG LELAKI PUAK MURUT

Pulaie, Jumaat, 29 Rabiulawal 1448 bersamaan 11 September 2026-Menurut statistik Pusat Da’wah Islamiah, seramai 189 orang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam bagi tempoh awal Januari hingga 10 September 2026, dengan 98 orang daripadanya merupakan penduduk dari Daerah Brunei dan Muara. 

Seorang lelaki daripada puak Murut, Danish Razean bin Abas, 24 tahun, memeluk agama Islam dalam satu Majlis Pengislaman yang diadakan pada petang tadi di Dewan Persidangan, Pusat Da’wah Islamiah, Pulaie. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh saudara baharu berkenaan di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Da’wah (Pengislaman), Pusat Da’wah Islamiah. Setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah, beliau kini dikenali dengan nama Islam sebagai Muhammad Danish Razean bin Abas. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Da’wah Islamiah kepada saudara baharu yang diraikan. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Foto: PDI