Berakas, Rabu, 27 Rabiulawal 1448 bersamaan 09 September 2026–Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama pada petang tadi menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam).
Kunjungan hormat tersebut diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Darul Itqan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.
Turut serta dalam Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Yang Berusaha Tuan Haji Mual bin Suaud, Setiausaha Majlis Islam Sarawak; Yang Berusaha Haji Mohamad Shalahudin bin Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana, Majlis Islam Sarawak; dan Yang Berusaha Dayang Nur’Maisarrah binti Abang Abdul Razak, Urusetia.
Kunjungan Hormat tersebut bertujuan untuk memupuk hubungan dua hala yang lebih erat antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak dalam bidang hal ehwal ugama. Selain itu, membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan umat Islam sambil menzahirkan semangat persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam suasana mesra.
Hadir sama di majlis kunjungan hormat tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Ahamd Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Awang Haji Aziman bin Awang Haji Zaman, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam; dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.







Foto: BPAAM