Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEJOHANAN BOLA JARING SEMPENA SEMARAK JUBLI PLATINUM 70 TAHUN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL (PERINGKAT AKHIR) ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1448H / 2026M

06 September 2026

KEJOHANAN BOLA JARING SEMPENA SEMARAK JUBLI PLATINUM 70 TAHUN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL (PERINGKAT AKHIR) ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Rimba, Ahad, 24 Rabiulawal 1448 bersamaan 06 September 2026–Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama petang tadi menganjurkan Kejohanan Bola Jaring sempena Semarak Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal di Dewan Serbaguna, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya ialah Yang Mulia Dr. Norasimah binti Haji Omar, Penolong Ra’es, Hal Ehwal Akademik, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Sebanyak 17 pasukan yang terdiri daripada warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dan institusi-institusi pengajian tinggi menyertai kejohanan berkenaan yang bermula pada 30 Ogos 2026. Kejohanan diteruskan hari ini dengan peringkat separuh akhir pada sebelah pagi bagi menentukan pasukan yang mara ke peringkat akhir pada sebelah petang.

Kejohanan ini bertujuan menyemarakkan sambutan Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal secara inklusif melalui penyertaan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dan institusi-institusi pengajian tinggi, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memperkukuh ukhuwah dan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan nilai-nilai murni Islam melalui aktiviti bersukan.

Penganjuran kejohanan ini merupakan antara aktiviti sukan dan riadah yang diadakan bersempena Semarak Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal, bertemakan Ukhwah Kukuh, Pendidikan Teguh