Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM WORKPLACE AND HEALTH (WAH)  BAGI WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

01 September 2026

PROGRAM WORKPLACE AND HEALTH (WAH) BAGI WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Berakas, Selasa, 19 Rabiulawal 1448 bersamaan 01 September 2026-Ke arah melahirkan warga kerja yang sihat dan produktif, selaras dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta mementingkan kesejahteraan fizikal dan mental warga perkhidmatan awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre Sdn Bhd, menganjurkan Program Workplace and Health (WAH) bagi warga Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Program tersebut diadakan selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 September 2026, bertempat di Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Darul Itqan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar.

Program Workplace and Health (WAH) ini bertujuan untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases), khususnya dalam kalangan warga kerja di tempat kerja.

Pelbagai aktiviti kesihatan dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI) dan tekanan darah; pemeriksaan Point-of-Care Testing (POCT) bagi paras gula dan kolesterol; pendaftaran ke laman sesawang WAH; serta pemeriksaan melalui Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Programme – NHSP).

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta menggalakkan langkah-langkah pencegahan dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit demi melahirkan warga kerja yang lebih sihat, cergas dan produktif.


Foto: BPAAM