Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI  SEKOLAH UGAMA MADEWA  BAGI TAHUN 1448H / 2026M

27 August 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA MADEWA BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Madewa, Khamis, 14 Rabiulawal 1448 bersamaan 27 Ogos 2026– Majlis Khatam Al-Quran merupakan antara program tahunan yang signifikan di sekolah-sekolah ugama sebagai tanda penghargaan terhadap murid-murid Darjah VI yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi berilmu, celik Al-Quran dan berakhlak mulia. 

Sehubungan itu, Sekolah Ugama Madewa mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan seramai 15 orang peserta khatam yang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Majlis tersebut diadakan di dewan serbaguna sekolah berkenaan pada petang tadi. 

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Dayang Hajah Mu’izzah binti Kefli, Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei IV, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang turut memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah. 

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh Awangku Muhd Rifaat bin Pengiran Haji Abdul Rahim Khariri. 

Penyampaian sijil kepada para peserta khatam kemudiannya disempurnakan oleh Tetamu Khas Majlis, yang turut diiringi dengan persembahan Dikir sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Muhd Aliakbar bin Damong Haji Omarali. 

Majlis tersebut turut menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga, di samping mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam memperkukuhkan pendidikan ugama serta menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan murid.