Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM PERINGKAT DAERAH BELAIT TAHUN 1448 HIJRAH

25 August 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM PERINGKAT DAERAH BELAIT TAHUN 1448 HIJRAH

Kuala Belait, Selasa, 12 Rabiulawal 1448 bersamaan 25 Ogos 2026–Bagi sama-sama memperingati hari kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, kaum hawa di Daerah Belait, turut tidak ketinggalan bagi sama-sama hadir memeriahkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan mengadakan Majlis Perhimpunan Khas Wanita bagi Tahun 1448 Hijrah.

Hadir selaku Tetamu Khas pada majlis yang mengambil tempat di Dewan Bandaran, Kuala Belait, ialah Yang Mulia Datin Dayang Zubaidah binti Haji Mahmud, isteri Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Kira-kira 500 muslimah hadir di Majlis Perhimpunan Khas Wanita yang dimulai dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, yang diketuai oleh Yang Mulia Dayang Nursyukriah binti Haji Omarali, Guru Sekolah Arab Belait.

Seterusnya ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dengan bersempena tema Majlis Sambutan Maulud pada tahun ini iaitu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Tausyeh ‘Man Ana’ dari pelajar-pelajar IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Kuala Belait, sebelum diikuti dengan persembahan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Negara Brunei Darusalam.