Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD 12 MALAM BERTURUT-TURUT SEMPENA  SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM  BAGI TAHUN 1448H/2026M

24 August 2026

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD 12 MALAM BERTURUT-TURUT SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1448H/2026M

Mulaut, Isnin, 12 Rabiulawal 1448 bersamaan 24 Ogos 2026–Bagi menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta memupuk kecintaan dan penghayatan terhadap sirah, sunnah dan akhlak Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampung Mulaut, dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Mulaut, telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud 12 Malam Berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1448H/2026M. Majlis tersebut diadakan di masjid berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memupuk semangat cinta kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, memperkukuh ukhuwah Islamiah serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk dan jemaah melalui penglibatan dalam aktiviti keagamaan yang diadakan di masjid.

Penganjuran Dikir Maulud selama 12 malam berturut-turut turut mencerminkan komitmen berterusan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Majlis Perundingan Kampung Mulaut dalam menghidupkan syiar Islam serta menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dan menyertai kegiatan keagamaan.

Majlis seumpama ini diharap akan dapat terus menyemai dan menyuburkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, seterusnya membentuk masyarakat yang menghayati dan mengamalkan ajaran serta akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. Di samping itu, penglibatan masyarakat secara bersama diharapkan dapat mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat kebersamaan dan memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk serta jemaah Kampung Mulaut.