Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

46TH KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL COMPETITION FOR THE MEMORIZATION, RECITATION AND INTREPRETATION OF THE QURAN DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH 06 OGOS HINGGA 19 OGOS 2026

06 August 2026

46TH KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL COMPETITION FOR THE MEMORIZATION, RECITATION AND INTREPRETATION OF THE QURAN DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH 06 OGOS HINGGA 19 OGOS 2026

Berakas, Khamis, 22 Safar 1448 bersamaan 06 Ogos 2026–Yang Mulia Awang Muhammad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh, Pelajar Diploma Tertinggi 'Aliyah Qira'at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pada petang tadi telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai 46th King Abdul Aziz International Competition for the Memorization, Recitation and Interpretation of the Quran di Makkah Al-Mukarramah. Pertandingan tersebut akan berlangsung selama 14 hari, bermula 6 Ogos hingga 19 Ogos 2026.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Yang Mulia Datin Dr. Hajah Rohanita binti Haji Yaakub, Pegawai Ugama Kanan, Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Yang Mulia Awang Haji Md. Khairil Faizal bin Awang Haji Bakar, Timbalan Pengetua Pentadbiran I, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Yang Mulia Awang Muhammad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh akan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam 46th King Abdul Aziz International Competition for the Memorization, Recitation and Interpretation of the Quran bagi Kategori Hafazan 15 Juzuk Al-Quran.

Rombongan dijangka kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 21 Ogos 2026.

 

Foto: Pelita Brunei​