Mulaut, Khamis, 22 Safar 1448 bersamaan 06 Ogos 2026–Bagi menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun 1448H/2026M melalui pengisian keagamaan, membudayakan amalan bacaan Ratib Al-Attas dalam kehidupan seharian, serta menzahirkan rasa syukur, kasih dan taat setia kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan muslimah masjid, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Mulaut pagi tadi mengadakan Majlis Bacaan Ratib Al-Attas dan Tazkirah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun 1448H/2026M. Majlis diadakan di masjid berkenaan.
Tazkirah pada hari tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Noraini Yanti bin Haji Hussin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid. Manakala bacaan Ratib al-Attas dipimpin oleh Yang Mulia Dayangku Norhidayati bin Pengiran Haji Othman, Tenaga Pembimbing Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Mulaut. Sementara persembahan bacaan selawat oleh Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Pehin Khatib, Kampung Kulapis.
Adalah diharapkan majlis ini akan dapat menyemai rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui penghayatan amalan zikir dan wirid, di samping memperkukuhkan semangat patriotisme, kasih saying serta taat setia kepada raja dan negara. Majlis ini juga diharap dapat mempereratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan muslimah masjid serta terus menyokong aspirasi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.