Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA RAJA ISTERI FATIMAH TAHUN 1448H / 2026M

06 August 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA RAJA ISTERI FATIMAH TAHUN 1448H / 2026M

Berakas, Khamis, 22 Safar 1448 bersamaan 06 Ogos 2026–Sekolah Ugama Raja Isteri Fatimah petang tadi meraikan seramai 23 orang murid Darjah VI terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Awang Haji Abdul Razak bin Haji Md Daud, Ketua Unit Perkembangan dan Dokumentasi, Bahagian Penyelidikan, Perancangan Dan Perkembangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang turut memulakan majlis dengan memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Acara diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta Khatam dan bacaan Takhtim. Kemudiannya diteruskan dengan Doa Khatam yang dibacakan oleh Awang Muhammad Haikal Rafie bin Haji Faizandy Perdy. Diikuti dengan persembahan Dikir dan penyampaian sijil oleh Tetamu Khas Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Muhd. Abdul Hadi bin Haji Abdul Rahman, Tenaga Pengajar.

Majlis-majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di persekolahan ugama di negara ini adalah bagi mendukung hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan hidup berugama, di samping sebagai usaha pihak Jabatan Pengajian Islam dalam sama-sama mengukuhkan syiar Islam di negara ini.​