Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL SKIM BIMBINGAN ASAS MUALLAF SIRI KE–16 (BAHASA INGGERIS)

05 August 2026

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL SKIM BIMBINGAN ASAS MUALLAF SIRI KE–16 (BAHASA INGGERIS)

Pulaie, Rabu, 21 Safar 1448 bersamaan 05 Ogos 2026–Bagi memberikan bimbingan kepada para muallaf dalam memperkukuh serta meningkatkan pengetahuan agama Islam, khususnya dalam bidang aqidah, ibadah dan akhlak, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi peserta Skim Bimbingan Asas Muallaf Siri Ke-16 (Bahasa Inggeris). Majlis tersebut diadakan di Dewan Mau'izhah, Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah, Pulaie pada petang tadi.

Skim ini dilaksanakan dengan mengutamakan kualiti pembelajaran serta pembentukan syakhsiah yang baik dalam kalangan peserta. Pendekatan yang digunakan adalah interaktif dan fleksibel, bersesuaian dengan tajuk-tajuk yang disampaikan serta perbincangan yang dijalankan bersama para peserta bagi menggalakkan penglibatan aktif dan pemahaman yang lebih berkesan.

Skim berkenaan telah dijalankan dalam lima sesi sepanjang tempoh 10 hari, bermula pada 28 Jun 2026 hingga 5 Ogos 2026, dengan penyertaan seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan 10 orang perempuan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, Pemangku Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah, yang turut berkesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.

Adalah diharapkan agar pelaksanaan skim ini dapat membantu para peserta meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan ibadah, memperkukuh kefahaman terhadap ajaran Islam, serta menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.​