PERTANDINGAN TENPIN BOWLING BAGI GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI II DAN PERTANDINGAN TENPIN BOWLING BAGI PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IV SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 TAHUN
BAGI TAHUN 1448H/2026M
Batu Satu, Ahad, 18 Safar 1448 bersamaan 02 Ogos 2026–Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei II pagi tadi mengadakan Pertandingan Tenpin Bowling di Utama Bowling Centre, Batu Satu yang disertai oleh 21 pasukan, terdiri daripada tujuh pasukan lelaki, sembilan pasukan perempuan serta lima pasukan mewakili Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei II.
Pertandingan tersebut merupakan kesinambungan daripada perlawanan yang telah diadakan pada 31 Julai 2026. Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Dayang Suriati binti Awang Haji Mohamad, Pegawai Pengajian Islam Daerah, Kawasan Brunei II, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Pada sebelah petang, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IV turut mengadakan Pertandingan Tenpin Bowling juga bertempat di Utama Bowling Centre, Batu Satu, bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun.
Pertandingan tersebut disertai oleh 14 pasukan, iaitu tujuh pasukan lelaki dan tujuh pasukan perempuan. Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Dayang Hajah Mui'zzah binti Kefli, Pegawai Pengajian Islam Daerah, Kawasan Brunei IV, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Penganjuran kedua-dua pertandingan ini diharap akan terus menjadi wadah dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan pemimpin serta guru-guru sekolah ugama.