Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PANCHOR MURAI BAGI TAHUN 1448H / 2026M

01 August 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PANCHOR MURAI BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Pengkalan Batu, Sabtu, 17 Safar 1448 bersamaan 01 Ogos 2026–Majlis Khatam Al-Quran merupakan antara program tahunan yang signifikan di sekolah-sekolah ugama sebagai tanda penghargaan terhadap murid-murid Darjah VI yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi berilmu, celik Al-Quran dan berakhlak mulia.

Sehubungan itu, Sekolah Ugama Panchor Murai telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan seramai 12 orang peserta khatam yang diadakan di dewan sekolah berkenaan pada petang tadi.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Arfan bin Haji Mohd Yussof, Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang turut memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, diikuti dengan

bacaan Doa Khatam.

Penyampaian sijil kepada para peserta khatam kemudiannya disempurnakan oleh Tetamu Khas Majlis, yang turut diiringi dengan persembahan Dikir Asyraqal sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Majlis tersebut turut menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga, di samping mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam memperkukuhkan pendidikan ugama serta menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan murid.​