Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN  NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80, TAHUN 2026

14 July 2026

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80, TAHUN 2026

Kiarong, Selasa, 29 Muharram 1448 bersamaan 14 Julai 2026–Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib, Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Do'a Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80, Tahun 2026. Majlis berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; serta Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80, Tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan seterusnya Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie.

Manakala Do'a Kesyukuran dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman.

Selain tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong, tumpuan bagi acara keugamaan ini juga diadakan di masjid-masjid seluruh negara iaitu bagi Daerah Brunei dan Muara di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Hassanal Bolkiah, Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara; dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

Manakala di Daerah Belait, diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait; dan Masjid Pekan Seria. Bagi Daerah Tutong diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; dan Daerah Temburong bertempat di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Hadir selaku Tetamu Khas di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Manakala di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong, hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Kerabat Diraja akan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dilanjutkan usia, sihat wal'afiat dan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kekal karar memerintah di atas Takhta Singgahsana Kerajaan dan memimpin Negara Brunei Darussalam.​