Permohonan Tauliah Mengajar Al-Quran, Ugama dan Berceramah Ugama bagi Musim Ketiga Ujian Temuduga Tahun 2026 adalah dibukakan mulai 1 Julai 2026 hingga 16 Ogos 2026.
Pemegang Tauliah Mengajar Al-Quran, Ugama dan Berceramah Ugama yang akan tamat tempoh sehingga 28 Februari 2027 adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan memperbaharui tauliah berkenaan dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh Tauliah.
Ujian temuduga akan diadakan bermula pada bulan September 2026 hingga bulan Oktober 2026.
Bagi Borang Permohonan dan Syarat Permohonan Tauliah boleh didapati dengan mengimbas Kod QR di bawah ini:-
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama di talian 2381087 pada waktu bekerja.