Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quan Negara Brunei Darussalam Kali Kedua Tahun 2026, bermula pada awal bulan September 2026 yang dibukakan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja yang mana akan dibukakan Permohonannya mulai hari Jumaat, 24 Muharram 1448 bersamaan 10 Julai 2026.
Permohonan dan Penghantaran Borang Permohonan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam Kali Kedua Tahun 2026 boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di Media Sosial Urus Setia berikut:
• FB - Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran.
• FB - Urus Setia Ujian Tasmie' Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam.
• IG - PPPQ MABIMS (official).
Tarikh Tutup Permohonan dan Penghantaran Borang adalah pada hari Jumaat, 05 Safar 1448 bersamaan 20 Julai 2026.
Bagi sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 pada waktu bekerja.