Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA (BSR) DELIMA SATU DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA TANAH JAMBU  BAGI TAHUN 1448H / 2026M

04 July 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA (BSR) DELIMA SATU DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA TANAH JAMBU BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Serusop, Sabtu, 18 Muharram 1448 bersamaan 04 Julai 2026–Majlis Khatam Al-Quran terus menjadi antara pengisian tahunan yang diadakan oleh sekolah-sekolah ugama di negara ini sebagai pengiktirafan kepada murid-murid Darjah VI yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Penganjurannya mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam memperkukuhkan pendidikan Al-Quran serta menyemai kecintaan terhadap kitab suci itu dalam kalangan murid.

Sehubungan itu, Sekolah Ugama (BSR) Delima Satu telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah VI yang diadakan di dewan sekolah berkenaan bagi meraikan seramai 21 orang murid yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Dayang Hajah Ida Fauzana binti Haji Ibrahim, Pemangku Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, yang turut memimpin bacaan Surah Al Fatihah bagi memulakan majlis.

Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, diikuti dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam serta persembahan dikir.

Acara kemudian disusuli dengan penyampaian Sijil Khatam kepada para peserta yang disempurnakan oleh Tetamu Khas Majlis dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Pada masa yang sama, Majlis Khatam Al-Quran turut diadakan oleh Sekolah Ugama Tanah Jambu yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop bagi meraikan seramai 44 orang murid Darjah VI yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Izwandy bin Haji Hamdan, Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah serta menyempurnakan penyampaian Sijil Khatam kepada para peserta.

Sekolah Ugama (BSR) Delima Satu

 

Sekolah Ugama Tanah Jambu


​​Foto: JPI