Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

RAPTAI PENUH MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1448 PERINGKAT NEGARA

02 July 2026

RAPTAI PENUH MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1448 PERINGKAT NEGARA

Berakas, Khamis, 16 Muharram 1448 bersamaan 02 Julai 2026–Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 Peringkat Negara akan diadakan pada Hari Sabtu, 18 Muharram 1448 Hijrah bersamaan 04 Julai 2026 Masihi pada pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Antara pengisian utama majlis ialah Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an dan Tadabbur, Persembahan Khas dan Permakluman Penerima Anugerah Ilal Hijrah 1448.

Sehubungan dengan itu, latihan penuh diadakan pada pagi tadi bagi memastikan segala persiapan dan pelaksanaan majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Hadir menyaksikan raptai penuh pada pagi tadi ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah;  Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Baiduri Bank Sendirian Berhad.

Tema bagi Majlis Tahun ini ialah “Hijrah Penyelamat Aqidah".

 

​Foto: PDI dan BPAAM