Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA  PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1448 HIJRAH

31 July 2026

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1448 HIJRAH

Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Musabaqah akan mengadakan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah, bermula pada bulan September 2026 yang dibukakan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja.

Permohonan boleh dihadapkan secara dalam talian sahaja melalui pautan https://tinyurl.com/mhq1448​ dan Media Sosial Urus Setia seperti berikut:

❖ Telegram - PPPQ.MABIMS (official)

❖ Weblog – pppq-mabims.blogspot.com

❖ Facebook – pppq.mabims (official)

❖ Instagram – PPPQ.MABIMS (official)

Permohonan dibuka mulai hari Rabu, 15 Muharram 1448 bersamaan 01 Julai 2026.

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada hari Jumaat, 16 Safar 1448 bersamaan 31 Julai 2026.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 / 2233364 atau melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp ditalian +6737204964.