Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan sukacitanya menjemput orang ramai khususnya jemaah masjid untuk menyertai kaji selidik mengenai Keberkesanan Kuliah Ugama di Masjid-Masjid Seluruh Negara.
Kaji selidik ini dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan pelaksanaan kuliah ugama yang diadakan selepas Sembahyang Fardhu Maghrib atau pada waktu-waktu yang bersesuaian di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara. Penilaian ini merangkumi beberapa aspek, termasuk penerimaan jemaah, keberkesanan penyampaian, kesesuaian kandungan, waktu pelaksanaan, serta impak kuliah terhadap pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Orang ramai boleh menyertai kaji selidik ini dengan melayari pautan berikut:
https://forms.cloud.microsoft/r/JyYtrpbnXF
atau dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster yang diedarkan, serta melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama di www.mora.gov.bn
Kaji selidik ini dibuka mulai 15 Muharam 1448 hingga 18 Rabiulawal 1448, bersamaan dengan 1 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026. Tempoh masa yang diambil untuk melengkapkan kaji selidik ini adalah dianggarkan sekitar 10 minit.
Semua maklumat dan maklum balas yang diberikan akan dirahsiakan sepenuhnya serta tidak akan mendedahkan identiti responden. Data yang diperoleh hanya akan digunakan bagi tujuan penilaian dan penambahbaikan pelaksanaan kuliah ugama di masjid-masjid seluruh negara.
Kerjasama dan sokongan orang ramai dalam menjayakan kaji selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
