Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA SEMARAK JUBLI PLATINUM 70 TAHUN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL (PERINGKAT AKHIR) ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1448H / 2026M

28 June 2026

KEJOHANAN FUTSAL SEMPENA SEMARAK JUBLI PLATINUM 70 TAHUN PENDIDIKAN UGAMA FORMAL (PERINGKAT AKHIR) ANJURAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Rimba, Ahad, 12 Muharram 1448 bersamaan 28 Jun 2026–Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Semarak Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal di Negara Brunei Darussalam dengan tema Ukhwah Kukuh, Pendidikan Teguh, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan Kejohanan Futsal pada petang tadi di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sebanyak 30 pasukan daripada warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dan institusi pengajian tinggi telah menyertai kejohanan tersebut, yang dibahagikan kepada Kategori Veteran dan Kategori Terbuka.

Bagi Kategori Veteran, empat (4) pasukan telah mara ke peringkat separuh akhir iaitu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Bahagian Pelajaran Lanjutan, serta Bahagian Sekolah Umum (Pendidikan Islam), Jabatan Pengajian Islam.

Sementara itu, bagi Kategori Terbuka, perlawanan menyaksikan persaingan antara pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan menentang Pasukan Kawasan Brunei III, Jabatan Pengajian Islam, serta Jabatan Hal Ehwal Syariah menentang Bahagian Sekolah Umum (Pendidikan Islam), Jabatan Pengajian Islam.

Acara turut dimeriahkan dengan Perlawanan Futsal Mahabbah yang melibatkan pasukan pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah menentang pasukan pegawai Jabatan Pengajian Islam.

Kejohanan futsal ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang diadakan bagi menyemarakkan serta memeriahkan lagi Sambutan Semarak Jubli Platinum 70 Tahun Pendidikan Ugama Formal.​