Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA ISLAMIK MITFAH AN-NUR BAGI TAHUN 1448H / 2026M

26 June 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA ISLAMIK MITFAH AN-NUR BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Sungai Akar, Jumaat, 10 Muharram 1448 bersamaan 26 Jun 2026–Seramai 9 orang murid Darjah VI Sekolah Ugama Antarabangsa Islamik Miftah An-Nur, terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan, telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di surau sekolah berkenaan setelah berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk Al-Quran pada petang tadi.

Hadir selaku Tetamu Khas majlis ialah Yang Mulia Awang Azman bin Haji Jaya, Ketua Bahagian Peperiksaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Khas. Seterusnya, para peserta khatam memperdengarkan bacaan surah-surah lazim, diikuti bacaan Takhtim dan bacaan Doa Khatam dipimpin oleh Awang Mohamed Aryan Ilman bin Mohamed Nurirwan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada para peserta khatam yang disempurnakan oleh Tetamu Khas, sambil diiringi dengan persembahan dikir. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Nawawi bin Awang Haji Mohd Daud, Tenaga Pengajar Sekolah.

Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, di samping melahirkan generasi celik Al-Quran serta menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seharian. Ia juga merupakan salah satu usaha Jabatan Pengajian Islam dalam memperkukuhkan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam.​