Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM IKON MUALLAF 2.0: JALAN LIMA SESI KE-4  ZAKAT: FROM HEART TO HANDS TAHUN 1447H/2026M

27 June 2026

PROGRAM IKON MUALLAF 2.0: JALAN LIMA SESI KE-4 ZAKAT: FROM HEART TO HANDS TAHUN 1447H/2026M

Berakas, Sabtu, 11 Muharram 1448 bersamaan 27 Jun 2026–Belia Muallaf As-Syahadah dengan kerjasama Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama menganjurkan Program Ikon Muallaf 2.0: Jalan Lima Sesi ke-4 Zakat: From Heart to Hands yang diadakan pada petang tadi bertempat di Bilik Juri dan Community Hub, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Program ini adalah bahagian keempat daripada Program Ikon Muallaf 2.0: Jalan Lima yang memberi fokus kepada penghayatan Rukun Islam yang keempat, iaitu Zakat. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada peserta Program Ikon Muallaf 2.0 dan ahli jawatankuasa program telah mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai maksud, konsep dan kepentingan zakat sebagai salah satu rukun Islam serta ibadah yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim. Selain itu, peserta turut mempelajari kaedah pengiraan dan tatacara menunaikan zakat dalam situasi praktikal kehidupan seharian. Sesi ini juga memberi penekanan kepada penghayatan hikmah dan impak zakat sebagai satu bentuk sumbangan peribadi yang mampu membantu golongan yang memerlukan serta memperkukuhkan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan ibadah zakat dalam kalangan saudara baharu, di samping membimbing mereka memahami kaedah pengiraan dan penunaiannya dengan lebih yakin Usaha membina identiti Muslim yang praktikal dan berteraskan nilai-nilai Islam turut membantu peserta menghayati kesan sumbangan peribadi mereka dalam mengukuhkan ikatan komuniti dan menyantuni masyarakat secara syumul.

Justeru, pelaksanaan program seumpama ini diharapkan akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha melahirkan saudara baharu yang berilmu, berkeyakinan serta berdaya tahan dalam menghayati dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.

 

Foto: PDI