Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI AMAL UMI KALTHUM AL-ISLAM, KAMPUNG MULAUT (SESI PETANG) BAGI TAHUN 1448H / 2026M

24 June 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI AMAL UMI KALTHUM AL-ISLAM, KAMPUNG MULAUT (SESI PETANG) BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Mulaut, Rabu, 08 Muharram 1448 bersamaan 24 Jun 2026–Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan setiap tahun merupakan antara usaha berterusan sekolah-sekolah ugama di negara ini dalam mendukung hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran, beriman, beramal dan bertakwa, di samping meraikan murid-murid Darjah VI yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Sehubungan itu, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut (sesi petang) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan seramai 132 orang peserta khatam yang terdiri daripada 66 orang murid lelaki dan 62 orang murid perempuan serta 4 orang murid berkeperluan khas. Majlis tersebut diadakan pada petang tadi di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Yussof bin Haji Menudin, Ketua Unit Maklumat dan Perangkaan, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, yang turut memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh Awang Mohammad Nursyahmi Zawawi bin Shahri, peserta khatam.

Majlis menyaksikan penyampaian sijil kepada para peserta khatam disempurnakan oleh Tetamu Khas Majlis, yang turut diiringi dengan persembahan Dikir Asyraqal. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Rossdhy bin Serbini, Tenaga Pengajar.

Majlis tersebut turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga, di samping mencerminkan usaha berterusan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ewhal Ugama dalam memperkukuhkan pendidikan ugama dan menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan murid.​